Tahniah Harimau Malaysia dan Selamat Tahun Baru 2011






Salam, Lama rasanya aku tak tulis blog ni. Tapi pagi ni rasa nak tulis sebab tengah gumbira atas kemenangan Malaysia di AFF Cup 2010. Selepas menang 3-0 di Bukit Jalil kita tewas 1-2 di Jakarta. Pertama sekali sekalung tahniah buat pasukan Harimau Malaysia kerana akhir menjadi Raja Bolasepak Asia Tenggara walaupun tewas di final kedua di Gelora Bung Karno malam tadi. Buat pengurus, jurulatih dan staff sokongan terima kasih kerana kerja keras anda berjaya menghasilkan pasukan Malaysia yang kini kembali digeruni lawan dan kawan. Teruskan usaha cemerlang anda.Buat pemain ucapan terima kasih kepada anda semua kerana memberikan sekali lagi kegembiraan buat kami peminat-peminat bolasepak selepas kejayaan Sukan SEA dan Sukan Asia. Kekalkan momentum anda kerana masih ada cabaran yang lebih besara menanti.

Permainan malam tadi memang milik Indonesia cuma "turning point" untuk Malaysia ialah bila penalti Indonesia diselamatkan oleh Fahmi keeper Malaysia. Kemudia gol dari Safee Sali menutup terus perjuangan Indonesia walaupun melancarkan serangan menggila. Secara keseluruhan permainan Malaysia memuaskan cuma bahagian tengah kena lebih ketat lagi sebab terlalu sangat biarkan pemain Indonesia memegang bola. Buat K.Rajagopal...you're the king..emas Sukan SEA, pusingan kedua Sukan Asia dan juara AFF...adalah rekod yang sukar untuk dipecahkan. Harapa selepas ni KRaja boleh bawak Malaysia main Piala Asia pula. Buat Khairul Fahmi a.k.a Apek...anda bakal jadi keeper lagenda Malaysia kalau anda mampu kekalkan prestasi ini. Sudah lama kita menanti keeper sehebat ini. Safee Sali...anda sememangnya berbisa. 5 gol dan anugerah penjaring terbanyak jadi bukti. Dua pemain ni boleh aku kata paling terbaik semalam dan MOM adalah Apek.

Apapun sekali lagi tahniah buat semua. Anda memang yang terbaik. Aku harap korang jangan lupa diri. Masih ada ranjau menunggu. Asia sudah terasa kembalinya Sang Harimau tapi dunia masih belum kita gegar. Itu yang kami semua nantikan. Masa masih panjang. Ayuh Harimau Malaysia mari kita ngorak langkah sebagai Harimau Asia untuk menggegarkan dunia!

TAHNIAH MALAYSIA...2010 TAHUN CEMERLANG

Esok cuti...last kita dapat cuti masa menang bola Sukan SEA 1989...Tun Dr.M yang bagi...kali ni Datuk Najib pulak...Kalaulah "Spiderman" Arumugam masih ada tentu dia bangga dengan Apek...tapi masih ada Rashid Hassan, Chow Chee Keong, Yusuf Bakar dan Khairul Azman untuk merasa bangga..Kalaulah "Supermokh" Mokhtar Dahari masih ada tentu di bangga dengan Pie...tapi masih ada Raja Bola, Datuk Ghani Minhat untuk merasa bangga. Sesungguhnya Disember bulan tuah bolasepak Malaysia. AAAAUUUUUMMMMMM........syukur Alhamdulillah.

STATISTIK PERLAWANAN AFF CUP 2010


P M S K J B
INA 6 5 0 1 15 6
MAS 6 3 1 2 12 8
VIE 5 2 0 3 8 5
FIL 5 1 2 2 3 3
SIN 3 1 1 1 3 3
THA 3 0 2 1 3 4
MYA 3 0 1 2 2 9
LAO 3 0 1 2 3 13


Indonesia memang hebat tapi sayang semua yang menang tu di GBK...memang dasar jagoan kampung...Malaysia ada jugak belasah Laos kat Palembang, Indonesia. Kalau tengok dari segi jaringan dan bolos...kita kurang 3 jaring dan bolos lebih 2 jaringan. Tapi paling best ialah Apek main 5 game bolos 3 dan Markus the Botak Poyo main 6 bolos 6. Maknanya purata 1 game sekali si botak ni bolos. memang poyo gilos....

Untuk pasukan Malaysia, anda sudah jadi Raja Bolasepak Asia Tenggara. Sambil kita intai peluang di Asia dan Dunia, jangan lupa untuk pertahankan gelarang yang kita ada. Ingat nak menang lagi mudah dari mempertahankannya. Selamat kembali Harimau Asia...




Bendera Malaysia Berkibar Megah

Cari Blog Ini