Kembali Selepas Menyepi

       Ahah...selepas sekian lama aku menyepi kini aku dah kembali untuk menulis kat blog ni. Dalam masa aku menyepi ni dah macam2 yang berlaku pada aku. Aku dah dekat 3 tahun kerja kat Sg. Buloh dan aku rasa lebih aman kat situ. Kerja pun kena ngan apa yang aku minat. Aku masih berdua belum bertiga. Oh ya aku dah ada rumah sendiri. Apartment yang kecil tapi indah. 

      Ok kali ni aku nak update PRU13. Aku jangkakan ia akan berlangsung pada akhir bulan Mei atau awal Jun. Sebab masa tu baik BN atau PR sudah bersedia. Kalau tanya aku sapa yang akan menang aku rasa mungkin sengit tapi yang pasti menang jadi abu kalah jadi arang.


Cuma yang aku harapkan ialah kalau BN yang menang tolong buat kerja betul2 kalau tak PRU14 akan hancur leburlah kerajaannya. Kalau PR menang buktikanlah kejujuran dan keikhlasan anda dalam menjadi kerajaan yang baru. Dari ramalan yang aku baca Tun Daim bekas Menteri Kewangan kata PR akan menang 10 negeri kecuali Johor, Pahang dan Melaka. Masa PRU12 Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Penang dan KL(tapi takde DUN). Jadi kita tengok jelah sejauh mana ramalan tu jadi kenyataan.

     Kalau tengok persiapan nampak macam BN yang gah. Dengan segala kekuatan dari kewangan, media penyiaran, media cetak dan roadtour nya seolah-olah BN sudah berjaya menguasai  dan memenangi hati rakyat sedangkan PR nampak macam sepi tapi tak kurang jugak hebatnya. Apapun yang akan jadi penentu ialah undi dari rakyat sendiri..sama ada yang oren atau biru yang menang terletak pada rakyat tapi halangan yang mungkin akan datang ialah dari segi proses pengundian tu sendiri. Esok Bersih 3.0 akan bermula dan aku nak tengok apa yang akan terjadi. Kalau ditanya mana yang aku akan pangkah jawapannya ialah UNDI ITU ADALAH RAHSIA.....





Bendera Malaysia Berkibar Megah

Cari Blog Ini