Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya...so sempena nak raya ni aku nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan aku juga nak mohon seribu kemaafan dari semua kalau ada tersalah kata, terkasar bahasa dan terlanjur perbuatan.


Moga Aidilfitri kali ini membawa makna yang lebih besar buat kita semua. Tahun ni untuk pertama kalinya aku akan beraya di kampung isteriku di Teluk Intan, Perak. Sampai raya keempat baru balik. So aku kena siapkan kereta aku agat tip-top masa raya ni.


Persiapan raya aku sederhana je. Tak semeriah waktu aku kecik dulu. Lagipun ramai dah orang tua dalam keluarga aku dah takde terutama arwah atuk&nenek aku membuat raya macam hilang seri. Tapi aku tetap sambut dengan gembira. Cuma 2 tahun kebelakangan ni hidup aku kembali ceria bila raya dengan kehadiran isteri aku, Jia. Dialah penyeri hidup aku. Lepas ni aku menantikan pulak kehadiran "junior" dalam hidup aku. Moga Aidilfitri kali ini akan membawa tanda kearah itu.

Tinted Kereta






Semalam aku pasang tinted silver kat kereta kesayangan aku. Bukan apa panas sgt. Ada tinted sejuk sikit. RM230 harga dia tapi berbaloi...nanti aku pasang arm rest a.k.a tempat simpan cd, pasang rain guard, spoiler belakang dan last sekali lampu but kereta aku. Kalau ada rezeki lebih baru tukar sport rim...hehe...nanti la kena buat one by one dulu...

Kesian keta ku tu terbiar tak terjaga. Ni nak raya ni aku akan jaga dia balik. Kasi kilat...mau buang calar-calar...nak antar cuci dan vakum sekali...nak pasang air freshner baru kasi wangi....dan kasi kemas sket...maybe tambah aksessori kot..sayang wooo sama ini kereta. Manyak mahal woo mau beli...

Gambar kat atas tu kereta aku, yang belah bawah tu apa yang akan terjadi kepada kereta aku....tu kereta kawan aku...

Akhirnya Terurai Sebuah Misteri..

Dah puas aku cuba akhirnya dapat jugak aku buat rubik cube tu...jenuh mengkaji apa formula yang sesuai...puasa pun dah masuk hari yang 13 esok. Aku masih cuba nak sesuaikan diri kat unit baru ni. Tapi susah untuk aku terima. Aku ada jugak apply keje lain tapi tak tau la kalau dapat. Aku harap sangat dapat.

Weekend ni aku cuti sampai hari Isnin. Nuzul Quran...aku kan dah jadi orang Selangor...Sabtu ni Toya aku ajak pegi KL....aku ok je...lagi 2 minggu lagi Raya. Banyak benda nak buat. Bermula dari diri aku sendiri sampai la ke rumah aku. Aku nak potong rambut, ambil baju tempah, basuh keta kesayangan aku...nak kemas rumah...basuh kipas la keje aku plus basuh lampu...nak harap adik aku si Arman tu...jawabnya berhabukla rumah.

Raya ni untuk kali pertamanya aku akan beraya dikampung isteri aku, Toya. Cadangnya pagi raya nak balik. Aku as the driver ikut je arahan....balik KL Raya ke 4 kot...pastu barulah berjalan kat umah sedara aku kat KL ni....aku takleh nak agak macamana rasa beraya yang tak macam biasa. Apapun nanti aku akan cerita lagi lepas raya dan aku akan update gambar terkini....

Rubik Kiub...Misteri Tak Terurai....

Hei....jenuh aku main menatang ni...tak jadi-jadi jugak...naik tension aku dibuatnya...main ngan Toya aku asyik gaduh je...dia ajar aku tak faham apa pun...aku faham sikit tapi lepas tu aku pening...Am pun walau dah boleh main tapi masih tak cukup terror lagi....malas aku nak main lagi...tunggulah 2-2 orang ni dah terror...baru aku enterframe balik....

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1430


Rahmat Allah dipermulaannya, Manusia diAmpunkan dosa di pertengahannnya dan DiHindarkan Azab Neraka dipenghujungnya...itulah RAMADHAN....

Rasulullah bersabda..." Rejab adalah bulan Allah,Syaaban itu bulanku dan Ramadhan itu bulan umatku "....

Maka ambillah manfaat Ramadhan itu kerana ia adalah penghulu segala bulan, didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu malam lain iaitu malam LailatulQadar....

Mencari malam itu bukan semudah disangka....cuma Rasulullah berkata "Carilah di 10 malam terakhir dan carilah pada malam-malam ganjil.."

Ada Ustaz pernah bertazkirah...ada seorang bertanya macamana nak tahu malam LailatulQadar? Kata Ustaz seperti kata Rasulullah tadi...orang tu tanya lagi...malam ganjil ada 5 malam ustaz, macamana nak tahu yang mana satu? Kata Ustaz...orang tua-tua ada membuat perkiraan dalam surah Al-Qadar..huruf untuk perkataan LailatulQadar...setelah dikira hasilnya 27...mungkin itu jawapannya...kebetulan pulak dalam masyarakat Melayu Islam selalu malam 27 itu dipanggil malam 7 likur dan pelita dipasang terang untuk sambut malam tu...mungkinkah ada signifikannya semua itu?

Sekiranya puasa tu bermula pada hari Ahad atau Rabu ..ia jatuh pada malam 29
Sekiranya puasa tu bermula pada hari Selasa atau Jumaat..ia jatuh pada malam 27
Sekiranya puasa tu bermula pada hari Khamis ..ia jatuh pada malam 25
Sekiranya puasa tu bermula pada hari Sabtu ..ia jatuh pada malam 23
Sekiranya puasa tu bermula pada hari Isnin ..ia jatuh pada malam 21

Walauapapun....janganlah dikira bila malam itu terjadi tapi carilah malam tersebut mengikut kata Rasulullah...

Yang terbaik di bulan Ramadhan ini ialah mencari rahmat Allah, mendapatkan keampunanNya supaya dibebaskan dari azab neraka dengan cara mengembalikan diri kepada fitrah azali, beribadah kepada Sang Pencipta dan tanamkan keimanan yang tinggi dalam diri.

Maka, bila Syawal menjelang...kita akan merasa dan beroleh nikmat kemenangan yang sejati...

Aku Yang Terkini...

Hmm...dah masuk 2 hari puasa...aku macam biasa. Sejak dah tukar ni hati aku jadi makin berat sebab aku memang tak suka bertukar tempat keje tapi biasalah politik kan...kerajaan ni penuh dengan politiknya...tak suka orang je tukarkan ke tempat lain.

Ok bersempena dengan Ramadhan yang sedang dilalui ni, aku mengharapkan ada sinar kejayaan menanti aku. Aku mohon pada Allah agar dikurniakan zuriat. Kesian isteri aku...mengharap sangat ada anak. Aku memang ada perancangan untuk Ramadhan ni...insyaAllah aku akan cuba laksanakan...doakan kejayaan dan kebahagiaan aku...

Kenapa?????

Kenapa dengan kau ni hah???...

Aku tau la ko bengang dengan mamat tu...

Tapi kenapa ko nak ikut macam dia...???

Apa ko nak tunjuk yang ko pun boleh bawak balik jugak ke???

Hei tolonglah ingat sikit kalau dioarang tau ko buat macam ni mesti diorang marah dan frust dengan ko..
Berubah la....jangan ikutkan amarah tu....ingat Allah....

Kalau tak puashati mintak dengan Dia je...

Tukar Unit Kerja...

Hmmm...jumaat lepas aku dapat surat kena tukar kerja ke Sg. Buloh...bukan aku tak suka tapi hati aku agak berat. Sebenarnya sejak dari bulan 12 lagi aku dah kena tukar tapi aku dapat tangguh. Aku dah fikir masak-masak dah...memang rasa berat tapi aku percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku...aku harap ini petanda awal aku nak dapat anak...

Banyak kenangan manis aku kat UTM ni...aku bermula disini dan jodoh aku pun dipertemukan dengan bantuan staf UTM jugak...jiwa aku sebenarnya memang kena ngan UTM...aku kan student IT...tapi dah jodoh aku tak lama ngan UTM...so aku ada masa 4 hari lagi je untuk tinggalkan UTM...aku harap suatu hari nanti aku akan kembali semula ke UTM...

17hb ni akan bermulalah era baru aku di Sg. Buloh...sian kat isteri aku Jia, kena bangun awal...nak buat macamana...kene berkorban...takpe sayang nanti Iwan ambik lesen bawak motor senang sikit sayang nak gi kerja...

Terkini Di Blog Aku...

Apa yang terkini? Ok...aku dah masukkan gambo aku masa kat PD, Outstation dan Penang. Aku jugak ada tambah beberapa laman web untuk maklumat korang. Harap ia dapat membantu. Hujung minggu lepas aku ada main kompang kat Anjung Felda dan minggu ni aku akan ke Hari Keluarga opis aku kat PD. Tahun ni aje dah 3 kali aku ke PD. Nanti la kalau ada masa lagi aku update la apa yang terkini....

Penang Mari.....

Minguu lepas aku baru balik dari Pulau Mutiara a.k.a. Penang @ Pulau Pinang. Last aku ke sana tahun 2001. Banyak dah berubah. Laut pun dah kena tambak. Sedih aku sebab aku ni pencinta lautan. Aku pergi Penang dari Ipoh lepas majlis orang kawin. aku pergi ngan mak abah aku, adik-adik aku, isteri aku Jia, dan bakal adik ipar aku.

Aku lepak kat Batu Feringgi di Sri Sayang Aparment. View cantek siot...Nampak mentari terbenam belah petang....aku beli beg duit baru...adalah beli CD pirate sket...Pada aku Penang tak banyak tempat menarik dah...makin sesak adalah...cuma kalau ke Penang ni tarikan dia ialah Padang Kota Lama, Gurney Drive, Pasar Chow Rasta, Bukit Bendera jelah selain jambatan ngan feri dia. Aku ada selit beberapa gambar untuk tatapan semua...terimalah kenangan manis aku kat Penang....

Outstation............






Semalam aku baru balik darikerja luar. Buat Verifikasi Aset ICT kat wilayah utara. Perjalanan aku bermula dari KL ke Sitiawan ke Sri Iskandar ke Ipoh ke Sg. Petani ke Alor Setar dan balik ke KL. Semuanya dalam masa 4 hari. Aku sempat melalui beberapa tempat sejarah seperti Kelly Castle, Sg. Perak, Kuala Kangsar, Menara Alor Setar dan kawasan Grik yang terkenal dengan komunis nya dulu la...seronok kerja luar ni ialah dapat berjalan ke sana sini cuma jadi letih bila perjalanan tak terancang. Weekend ni sekali lagi aku akan ke utara sebab ada orang kawin kat Ipoh lepas ti nak cuti ke Penang. Tengok lah nanti kalau ada masa aku tulis cerita terkini aku.

3 Hari Yang Berlalu...

Handphone baru aku....Nokia 5310 Xpressmusic

Yeah...cerita 3 hari...ari Sabtu aku dapat handphone baru....macam yang korang tengok kat gambo tu...tapi kaler merah....yelah phone lama aku kejap gila kejap ok...cam nyesal pulak aku beli phone lama tu...AP set pulak....nak repair pun sama harga cam beli je....hmm...Ahad...aku takde apa-apa yang menarik kecuali aku gi umah orang kawin je.

Semalam...Isnin...hari yang paling serabut...dengan masa yang cepat je berlalu...lepas tu petang tu pulak ada game futsal...lepas futsal pulak....nak bawak isteri aku gi klinik...hal pompuan la....mana lagi dapat call dari mak yang orang jual rumah tu dah tanya aku nak beli ke tak....aku memang nak beli...cuma aku pening sebab tak faham segala urutan urusan dia...apa step pertama sampai last step...rasa cam nak pecah kepala sebab tak nampak jalan lagi...

Tapi dalam keserabutan tu ada jugak sikit keceriaan. Pertama aku menang main futsal dan kedua isteri aku sah sihat dan takde masalah lain. So ini sedikit sebanyak dapat jugak la ubat kan keserabutan otak aku ni....Hari ini aku tak pasti apa yang akan terjadi so tunggu jelah cerita seterusnya.

Demam....

Lama dah rasanya aku tak tulis...aku agak bz dengan kehidupan. Nak settlekan beberapa perkara. Sekarang ni pun dalam plan nak beli umah. Aku pulak dah 2 hari ni demam. Awal tu batuk2 je...ni semua angkara kipas la..aku ni gemok je lebih tapi mana tahan ngan sejuk...tapi aku kena cepat pulih sebab aku ada beberapa plan lain untuk weekend ni dan kalau aku dah cergas weekend ni sebab hari Isnin ni aku akan main futsal lawan antara kawasan opis aku...harap2 menang. Tapi tulah training pun takdak camna tu?

By the way rasanya masih tak terlewat nak wish adek aku Marini Selamat Hari Lahir yang ke 19. Moga panjang umur dan murah rezeki dan bahagia selalu. Abg nak Nini berjaya dalam hidup...belajar baik2...ingat Allah selalu...buktikan pada orang yang kutuk Nini tu yang Nini boleh berjaya...hadiah???hmmmm tunggu......

Kenangan Di PD







Sabtu lepas 9 Mei 2009 aku telah berangkat ke Port Dickson a.k.a. PD. Mandi laut. Februari lepas aku ada kesana jugak tapi tak sepuas hari kali ni. Teruk kena belasah dek ombak. Ni ada beberapa gambar aku selitkan. Gambar yang mengimbau kenangan.

Aku Dan Perkahwinan...

Ok...lepas ni aku nak sambung pulak cerita tentang cinta aku...lepas aku ngorat NHI, aku kacau pulak NA. Pastu ada seorang Hamba Allah ni telah kenalkan aku dengan gadis yang menjadi suri hidup aku sekarang ni. Gadis ini datang selepas NHI dan NA. Asalnya ada 2 gadis yang dicadangkan oleh Hamba Allah ini...

NF..itulah nama gadis ini. Aku diperkenalkan kepadanya oleh Kak Doyah, staf opis aku di LGM. Kata Kak Doyah, NF baru frust bercinta. 7 Mei 2006 Kak Doyah email kan 2 nama untuk aku dan NF adalah salah satu antaranya. Kak Doyah kata cuba dulu dengan dia sebab Kaka Doyah rasa aku padan dengan dia. Apa alasan dia masih misteri sebab dia pun tak boleh nak bagi alasan. 14 Julai setelah beberapa hari aku email kat NF akhirnya dia reply kat aku. Malam tu bermulalah sesi perkenalan aku dengan NF...23 Julai first date aku kat KLCC...memula tu aku tak berkenan kat NF ni tapi lama-kelamaan perasaan tu berubah jadi sayang.

Oktober 2006, aku declare jadi boiprend NF. So akhirnya aku temui jugak cinta yang ku cari selama ini...dalam masa bercinta tu ada jugak pasang surutnya...sampailah ke bulan Mac 2007 bila mak aku bertanya pasal kawen..mak aku suh aku bagitau ayah dia yang aku nak pinang dia..10 Mac 2007, Sabtu aku pergi umah NF sambil aku buat kerja sikit sambil aku sampaikan hajat aku sekali. Ayah dia setuju dan buatlah ikut ada resam kita. Aku pun balik untuk bagitau mak aku dan tanpa aku duga mak aku nak terus pergi merisik pada malam esoknya...aku terkejut, NF pun sama. Aku kata biarkan je...benda baik nak jadikan...

April 2007, aku bertunang dengan NF, dengan hantaran RM6000 dan mas kawin RM80 serta tempoh setahun menjadi syarat untuk aku membawa ke jinjang pelamin. Sebenarnya aku dengan NF kenal pun tak lama 8 bulan je betunang...dalam tempoh bertunang ada jugak dugaan melanda kami tapi itu semua jadi panduan dan pedoman untuk aku. Aku meletakkan untuk kawin pada Januari 2008. Aku taknak tunggu lama sangat. So segala persiapan aku buat dengan bantuan mak dan abah yang aku sayangi. Aku pun banyak tolong NF jugak dalam persiapan dia. Aku ni takde lah pengalaman tapi selalu suka perhatikan orang.

18 Januari 2008, jam 9.00 malam lepas Isyak, dengan sekali lafaz, aku telah selamat diijabkabulkan dengan NF. NF Sah jadi permaisuri hidup aku. Aku bersyukur dan amat gembira tapi aku sedar kawin senang cakap susah nak bawak. Lepas nikah, sebaik saja aku keluar dai Surau Al-Hidayah tempat aku bernikah, aku diarak ke mahligai persandingan dengan paluan kompang di Flet Taman Dato Ahmad Razali. 19 & 20 Januari 2008, majlis persandingan berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Flet Dato Ahmad Razali dan di Taman Permata. Majlisnya cukup meriah, lauk-pauk memang lazat, warna merah hati dan krim menjadi pilihan pakaian pengantin dan iringan kompang dengan jidur mewarnai majlis ini.

Kini, aku dah setahun berkahwin dan masih menanti cahaya mata dengan NF. Hmm...korang tertanya-tanya kan kenapa aku asyik pakai je nama NF..apa nak rahsia lagi ke? Ehh taklah...mana ada...biarlah aku kenalkan...NF isteriku bernama Nor Fazila binta Hamzah, kecil molek orangnya...anak sulung sama cam aku. Aku panggil Jia a.k.a. tetoya....aku sayangkan dia...walau dia bukan apa yang aku mahukan tapi dia lah pilihan dari Allah untuk aku...aku yakin pada Allah atas apa yang dipilihnya...memetik kata-katak isteriku sendiri...Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu...tetoya....tetiwan cayangkan tetoya...Iwan nak bawak sayang berjumpa dengan Allah bila di akhirat nanti sebagai tanda Iwan jaga anugerah yang Allah dah bagi kat Iwan....

Aku Mencari Cinta...


Hehe kali ni aku nak ceritakan kisah cinta aku...aku mula kenal awek cun sejak dari darjah 5 lagi. Aku pernah ter kiss awek masa darjah 5. Kena tolak ngan member aku. Darjah 6 aku dah mula belajar ngorat awek. Awek pertama nama dia F. Awek kacukan mat saleh-melayu. Sampai aku form 5 aku kejar dia akhirnya dia nak jugak kat aku. Tapi masa tu aku dah mula beralih arah pada S. Ada jugak aku cuba ayat awek lain kat sekolah aku, nama dia A tapi tak kemana pun sebab penangan S, awek yang aku kenal masa seminar SPM cukup kuat. Boleh dikatakan dalam sejarah aku mengayat awek, S ni la yang paling "hot" sekali. Ada aura kuat awek ni. Mana aku bawak dia semua orang usha je. Tapi aku tak kekal jugak sebab S dah ada orang lain. Senang kata aku syok sendiri la. Pastu 1996, aku ngorat pulak R,awek sekelas aku masa repeat SPM...

R sebenarnya dah ada hati kat aku tapi dek kerana aku gaduh ngan member aku akhirnya dia hantar surat yang mengatakan dia takleh nak terima aku. Pada dia "kejujuran dan keikhlasan" itu penting. Aku pening pikir apa makna semua tu. Ada member aku nasihatkan, jangan risau pasal cinta sebab bila Allah tahu kita dah "ready", Dia akan turunkan pasangan kita. Masuk zaman kolej aku, aku kenal L. Aku tertarik kat L bila aku tengok dia layan adik dia makan. Mulanya aku ngan L ok je..tapi masuk 2 bulan, L dah berubah perangai. Aku macam tak pernah dia kenal pun. Akhirnya L terkantoi jugak bila aku dapat tahu yang dia "couple" ngan kawan aku sendiri. Masa aku kat kolej dah berada dalam zaman IT so aku dah termasuk la alam internet ni.

IRC...Inikah Rahsia Cinta? Mungkin ye tapi bukan buat aku...banyak agak lah aku kenal awek internet ni tapi yang paling terkesan ada 3 orang. AN, awek pantai timur yang sempat aku "declare" lepas tu terus tak jumpa. SB gadis genit yang kini terus hilang dari hidup aku, pernah aku harap cinta darinya tapi dah tertulis dia bukan untuk aku. PN, awek ni boleh aku katakan awek yang paling ngam chemistry dia ngan aku. Aku dengan dia boleh kata sehati sejiwa cuma jodoh aje yang takde pada kami. Aku sedih jugak terpaksa lepas dia tapi dah dia buat keputusan untuk pilih tunang dia. Ada kisah kenapa semua ni berlaku. Alam kerja...PLKN..Khidmat Negara, N,A,NFS, dan H antara awek yang aku pernah kacau. Macam-macam pengalaman best ngan tak best.

Lembaga Getah Malaysia...disini penantian cinta aku berakhir...NR, awek pertama aku kacau, la ni di dah kawen pun. NHI gadis cantik, anak kawan abah aku...pernah jugak aku bertanya orang tapi katanya tak di recomendedkan untuk aku. NA awek terakhir aku kacau. Ok...korang kompem nak tahu sapa yang menjadi "cinta" untuk aku kan? Jawapannnya akan aku bagi dalam post akan datang...adakah NHI, adakah NA atau adakah insan lain yang datang dalam hidup aku? Memang ada insan lain yang datang...selepas NHI dan NA..siapakah insan itu? Tunggu jawapannya nanti...

Aku Dan Alam Kerjaya...


Aku mula bekerja tahun 2003 kat Isetan Suria KLCC. Aku kerja jadi artis grafik. Kerja sementara je. Aku datang interview ngan member baik adik aku untuk jadi sales assistant tapi alih-alih aku dapat tawaran jawatan tu. Kerja tu cuma untuk 3 bulan je.

Lepas tu tahun 2004, aku join kerja ngan PLKN jadi Urusetia a.k.a. kerani. Aku dihantar ke 3 kem iaitu Kem kat Terengganu(2004), Kem Kuala Kubu kat Selangor(2004) dan Kem Sentosa, Tapah, Perak(2005). Kerja tu kerja sambilan. Lepas tu aku balik KL. PLKN ada panggil aku balik untuk kerja kat KL tapi aku tolak sebab statusnya masih sambilan.

September 2005, aku dapat kerja kat OSFAM, Off Shore Fabricators Association of Malaysia kat Wisma Central sebelah KLCC. Kerja tetap tapi aku tahan 8 bulan je sebab Mac 2006, aku dapat panggillan kerja kat Lembaga Getah Malaysia (LGM). Lagipun kerja kat OSFAM tu takde hitam putih. Pulak tu aku kerja sorang-sorang. Bosan gak.

Sejak dari tahun 2006 sampai sekarang, aku kerja kat LGM. Jawatan aku Pembantu Penyelidik tapi buat kerja Juruteknik Komputer kat Unit IT. Kerja yang memang aku nak sangat tapi kekdang angin bila berdepan dengan kerenah orang. Sebenarnya ayah aku pun bekas pekerja LGM yang boleh aku kata yang famous jugak lah.

Ok untuk post seterusnya aku akan cerita kisah cinta aku....

Aku Dan Kehidupan...





Aku lahir ke dunia ni pada petang Ahad 19 Mac 1978. Aku adalah anak sulung kepada pasangan Amin Suggun Suhud dan Hamidah Rais. Aku lahir di Hospital Bersalin Cina di Pudu, KL. Aku membesar kat kawasan Keramat dan Hulu Kelang. Dikurniakan 3 orang lagi adik iaitu 2 orang lelaki dan seoran perempuan.

Aku mula belajar kat sekolah Tadika Fatimah kat Jalan Ampang. Sekolah Rendah kat SRK(2) Taman Keramat dari darjah 1 sampai darjah 6. Sekolah menengah kat Sek. Men. Taman Keramat dari from 1 sampai form 5. Aku repeat balik SPM tahun 1996 kat Stamford College. Pastu aku sambung diploma kat L&G Twintech selama 2 1/2 tahun dalam jurusan Teknologi Maklumat. Ada sambung ijazah kat Universiti Multimedia tapi kantoi separuh jalan.

Itulah permulaan perjalanan hidup aku....dalam post seterusnya aku akan cerita zaman aku mula bekerja dan zaman aku mula kenal cinta.

Bendera Malaysia Berkibar Megah

Cari Blog Ini